24 C
Kuala Lumpur
Friday, December 9, 2022

Pemuda UMNO gesa polis tangkap lelaki hina Islam

Lelaki berkenaan dilihat bertindak menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO Malaysia menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan segera terhadap seorang individu yang secara jelas menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW menerusi satu rakaman video yang kini berlegar dalam media sosial.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pemuda UMNO juga akan membuat laporan polis dengan segera agar pelaku tersebut dapat ditangkap.

“Ini satu lagi video tular menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW. Minta pihak Polis Diraja Malaysia segera ambil tindakan.

“Harap orang ramai jangan termakan provokasi beliau. Negara ada undang-undang. Orang yang menghina agama ini biasanya bermasalah mental,” katanya dalam satu hantaran dalam Facebook hari ini.

Berdasarkan video yang tular terbabit, lelaki berkenaan dilihat bertindak menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW serta mencabar pihak-pihak yang mempertahankan agama Islam supaya berdepan dengannya.

Baca juga:   Singkir Israel dari PBB jika berdegil rampas Tebing Barat

“Isu hina Islam…Geng-geng NGO yang berslogan (pertahankan Islam). Beginilah, aku nak kau orang try dengan aku..sebab aku memang rela mati punya orang.

“Jumpa terus bunuh..jangan cakap banyak,” katanya.

Sementara itu, turut tular satu lagi rakaman video berdurasi 27 saat oleh individu sama memohon maaf atas perlakuannya.

Dengan wajah dalam keadaan berlumuran darah, lelaki itu berkata: “Saya dah kena (pukul) ni.”

-EDISI9

Wartawan

Terkini

43 tahun bersama UMNO, warganet beri kata semangat

TAN Sri Annuar Musa menyingkap kembali memori di awal pembabitannya menyertai parti UMNO setelah 43 tahun sebagai ahli dan...

Lagi Artikel Berkaitan