32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, August 19, 2022

Shabery nafi calon MB Terengganu, tidak pernah bercita-cita

Mesti Baca

“PERLU dijelaskan, cerita ini tak benar. Tiada cita-cita pun.”

Demikian kenyataan ringkas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu mengulas dakwaan bahawa beliau diumum sebagai Menteri Besar Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bahkan beliau juga dikatakan akan menjadi calon bagi kerusi DUN Kemasik dan pengumuman itu akan dibuat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said dalam masa terdekat.

Menjelaskan perkara itu, bekas menteri Kabinet yang kini Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik berkata, sekarang ini beliau hanya membantu parti sekadar yang termampu.

“Dulu ramai bantu saya, kini, saya pula kena bantu, terutama muka-muka baharu yang perlu diberi peluang.

“Semoga Terengganu dan negara kita lebih makmur di masa depan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Dalam PRU-14 lalu, UMNO dan BN gagal mempertahankan kerajaan negeri apabila tumpas kepada Pas, termasuk di DUN Kemasik yang menjadi kubu kuat parti itu sebelum ini.

Baca juga:   Permohonan parti mahu bersama BN sedang diperhalusi

Dalam pilihan raya yang dianggap tsunami politik itu, BN hanya memenangi 10 daripada 32 kerusi DUN di negeri itu sementara Pas menyapu 22 kerusi.

Malah Shabery turut tumpas di Parlimen Kemaman kepada calon Pas, Che Alias Abdul Hamid dengan majoriti 2,162 undi.

Baca juga:   Andainya PN tumbang nanti, mampukah Gerakan kekal setia?

PRU-15 dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sementelah tempoh penggal ini akan berakhir kurang daripada setahun. – Edisi 9

Terkini

Elaun JPKK, JPKKP: KPLB salur peruntukan hampir RM176 Juta

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan peruntukan hampir RM176 juta bagi bayaran elaun kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung...

Lagi Artikel Berkaitan