30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Apa usaha PH jaga Stadium Shah Alam selama 14 tahun?

Stadium Merdeka yang berpuluh tahun lebih tua tetapi tiada pula pihak-pihak yang berusaha untuk merobohkannya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan usaha diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor yang mahu merobohkan Stadium Shah Alam bagi menggantikan yang baharu.

Najib berkata, selepas 14 tahun mentadbir negeri Selangor dan menguruskan stadium tersebut, bagaimana ia mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat diselamatkan.

Malah, Ahli Parlimen Pekan itu menyifatkan alasan merobohkan untuk membina stadium baharu yang lebih kecil kerana senang dijaga tidak masuk akal.

“Bakal diroboh dan diganti dengan stadium baharu berkapasiti 30,000 hingga 40,000 sahaja dengan alasan stadium yang lebih kecil adalah lebih mudah dijaga?

“Kurang separuh dengan Stadium Alam Shah?Apa yang PH buat dalam tempoh 14 tahun yang mereka jaga stadium ini?Kenapa apa yang jatuh ke tangan PH akan hancur?,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, Stadium Shah Alam sarat dengan sejarah dalam kancah bola sepak tempatan.

Bekas Presiden UMNO itu juga hairan apabila stadium antara terbesar di Asia dan dunia yang berkapasiti 80,300 orang itu boleh ‘hancur’ di tangan PH.

“Tidak boleh dipisahkan dengan Selangor FC sebagaimana Old Trafford dan Anfield dikaitkan rapat dengan Manchester United dan Liverpool.

“Dengan kapasiti 80,300 orang, ia antara stadium terbesar di Asia dan dunia,” katanya.

Najib berkata, usia stadium tersebut hanya 14 tahun selepas siap dibina pada 1994 sebelum penjagaannya diambil alih oleh kerajaan PH (yag ketika itu dikenali Pakatan Rakyat) selepas pilihan raya umum pada 2008.

Jelas beliau, Stadium Merdeka yang berpuluh tahun lebih tua daripada Stadium Shah Alam namun sehingga kini tiada pihak yang berusaha untuk merobohkannya.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri bercadang merobohkan stadium berkenaan sebegai langkah penjimatan jangka masa panjang.

Jelas beliau, cadangan dan perancangan masa depan stadium itu akan diumumkan pada 16 Julai ini selepas stadium berkenaan memperuntuk RM5 juta bagi kos penyelenggaraan setiap tahun.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungn UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengingatkan kerajaan Selangor agar tidak mengambil jalan mudah meruntuhkan Stadium Shah Alam atas alasan kos penyelenggaraan yang tinggi.

“Sebagai anak Selangor, stadium Shah Alam mempunyai nilai sentimental kepada diri saya dan juga rakyat Selangor.

“Saya terlibat secara langsung semasa menjadi pegawai kepada bekas Exco Belia dan Sukan Selangor, Allahyarham Datuk Aziz Desa.

“Ketika itu Allahyarham selalu berbincang dengan bekas Pengerusi Majlis Sukan Negeri Tan Sri Zainal Dahlan.

“Jangan terlalu banyak berpolitik daripada meneruskan kesinambungan kerajaan terdahulu,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan