25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kucing jalanan bukan makanan terbaik harimau – PHM

Risiko pindahan penyakit berjangkit seperti masalah parasites dan canine distemper adalah satu ancaman terbesar terhadap harimau.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SARANAN orang awam agar kucing tidak bertuan atau kucing jalanan dijadikan makanan harimau di zoo adalah satu pendapat yang merosakkan, kata Persatuan Haiwan Malaysia (PHM).

Lagi pula, kata persatuan itu, kucing atau anjing jalanan sekali pun bukan makanan terbaik untuk harimau kerana berisiko jangkitan penyakit seperti parasit dan canine distemper sekali gus menjadi ancaman terbesar terhadap harimau.

“Ini sering berlaku terhadap harimau yang disyaki telah membaham anjing jalanan atau anjing liar. Contohnya harimau yang diberi nama Awang Besul satu ketika dulu telah masuk ke kawasan kampung dalam keadaan lemah dan tidak agresif dan akhirnya berjaya ditangkap.

“Hasil pemeriksaan pihak berkuasa mendapati Awang Besul dijangkiti Canine Distemper yang akhirnya ia mati beberapa hari setelah diselamatkan,” kata PHM itu menerusi Facebook hari ini.

Selain itu, PHM berkata, pengurusan zoo dan pusat konservasi harimau sudah tentu akan memilih daging yang berkualiti sesuai sifat harimau yang memburu haiwan terbaik untuk dimakan.

“Tentutnya pihak zoo dan pusat konservasi akan membuat ujian klinikal terhadap daging terbaik tersebut dari segi pemeriksaan penyakit dan virus atau kuman.

Advertisements

“Justeru pandangan dan cadangan tanpa semakan ilmiah begini bakal mempengaruhi pemikiran masyarakat yang menerimanya secara mentah-mentah dan mewujudkan pemikiran yang rosak di kalangan masyarakat,” tegasnya.

Malah menurut persatuan berkenaan, harimau kini tergolong dalam kategori hampir pupus.

“Disebabkan itu juga nilai harimau mencecah ratusan ribu ringgit apatah lagi terdapat permintaan pasaran luar bagi peminat eksotik.

“Oleh itu pengurusan dan kawalan konservasi harimau sama ada di zoo atau pusat konservasi harus berjalan dengan baik demi kelangsungan kualiti hidup harimau,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan