25 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Media persoal kasut MB, Tunku Ismail cadang pakai selipar

Kasut jenama Berluti yang dipakai Onn Hafiz adalah kurniaan Sultan Johor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMANGKU Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa kesal terhadap media yang memperbesarkan isu kasut yang dipakai Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pada masa yang sama, baginda turut menitahkan Onn Hafiz agar tidak melayani cakap-cakap orang sebaliknya memberikan tumpuan kepada tugas mentadbir negeri.

“Benda macam ini pun jadi isu? Datuk (Onn Hafiz) saya cadangkan lepas ni Datuk pakai selipar sahaja. Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Datuk dan beberapa pegawai kerajaan.

“Datuk, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting buat kerja,” titah baginda menerusi twitter malam tadi.

Semalam, beberapa akhbar bukan Melayu mensensasikan Onn Hafiz yang memakai kasut kulit mewah jenama Berluti yang dianggarkan bernilai hampir RM40,000 sepasang.

Baca juga:   Pertimbang ‘lockdown’ penuh jika kes tidak turun - Sultan Johor

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu menafikan dakwaan bahawa beliau sudah mampu memakai kasut berharga puluhan ribu ringgit walaupun baharu beberapa bulan dilantik sebagai Menteri Besar.

Onn Hafiz berkata, kasut tersebut adalah kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.  

“Ini bukan perkara baru malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” katanya dalam Facebook.

Baca juga:   Kekayaan Sultan Johor, Selangor hasil aktiviti korporat

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan