28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 26, 2022

Salam tak pandang muka, pesara tampar anggota TLDM

Siasatan juga mendapati suspek adalah bekas anggota TLDM berusia 46 tahun.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terkejut seketika apabila ditampar dengan kuat oleh seorang jemaah gara-gara tidak memandang muka ketika bersalaman selepas solat asar kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut, Perak itu, mangsa berusia 30-an mengalami sakit di bahagian belakang kepala dan telinga akibat kejadian itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, polis menerima laporan daripada mangsa menyatakan suspek yang tidak dikenalinya telah menampar belakang kepalanya dan mengenai telinga sebelah kanan dengan kuat sebaik bersalaman selepas solat asar.

“Hasil siasatan awal kejadian tersebut berpunca kerana mangsa tidak memandang muka suspek semasa bersalaman menyebabkan suspek menjadi berang dan beranggapan bahawa mangsa bersikap kurang ajar dengannya.

Baca juga:   PM panggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos

“Siasatan juga mendapati suspek adalah bekas anggota TLDM berusia 46 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Nor Omar, kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurutnya, hasil rakaman percakapan yang diberikan, mangsa dalam kes itu tidak mahu untuk meneruskan siasatan dan juga telah menarik semula laporan polis.

“Kes dikasifikasikan tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 37 saat jemaah paling kanan telah bertindak menampar kepala jemaah yang baharu bersalam dengannya.

Baca juga:   Mas Ermieyati calon Ketua Menteri Melaka dari PN?

Jemaah berkenaan kemudiannya meninggalkan jemaah lain sebelum datang kembali ke arah mangsa dan menyatakan sesuatu.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tze Liang rangkul pingat emas kedua

PENERJUN lelaki negara, Ooi Tze Liang melakar satu lagi kejayaan apabila merangkul pingat emas kedua, kali ini bersama gandingannya...

Lagi Artikel Berkaitan