25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Syarikat besar perlu saling bekerjasama capai lebih kejayaan – PM

Usaha tidak boleh dilakukan secara sendirian tanpa kerjasama dengan pihak swasta bagi mengukuhkan lagi ekonomi negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menyeru syarikat-syarikat besar negara untuk saling bekerjasama dalam mencapai lebih banyak kejayaan untuk dimanfaatkan oleh seluruh Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama seperti ini dapat membantu mencapai matlamat karbon neutral di Malaysia pada tahun 2050, sepertimana yang telah dipersetujui di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menurutnya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah strategik bagi menghadapi cabaran tersebut, namun usaha ini tidak boleh dilakukan secara sendirian tanpa kerjasama dengan pihak swasta bagi mengukuhkan lagi ekonomi negara.

“Tenaga Nasional Berhad kini sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran elektrik menggunakan sumber tenaga yang bersih serta penyediaan stesen pengecas kenderaan elektronik yang secukupnya.

“Pada masa yang sama, Perodua boleh mengambil peluang ini dengan meneroka peluang baharu seperti menghasilkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang mampu dimiliki oleh Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri hadir pada Pelancaran Perodua Alza Serba Baharu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini.

“Kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk memperkenalkan kadar caj yang mampu dilanggani oleh semua,” kata Perdana Menteri semasa melancarkan model terbaharu Perodua Alza di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri berkata, syarikat telekomonikasi negara seperti Telekom Malaysia juga dapat membuka kerjasama dengan kedua-dua pihak untuk menyediakan pakej data yang mampu memudahkan para pengguna bagi membuat tempahan caj kenderaan secara dalam talian.

Menurut Ismail Sabri, kerjasama pintar seperti itu perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi kesan perubahan iklim yang melanda dunia.

“Malah, perjanjian seperti ini dapat menjamin kelestarian dan pembangunan negara yang mampan,” kata beliau.

Ujar beliau, kerajaan pula sedia berbincang dengan pihak swasta untuk memastikan dasar atau initiatif yang diperkenalkan bersesuaian dengan hala tuju negara.

Advertisements

“Saya juga baru-baru ini telah meminta Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terletak dalam wilayah Hightech Valley untuk membangunkan sebuah pusat latihan dan penyelidikan iaitu Center of Advanced Automative Research and Training (CAART),” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan amat berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Perodua yang kini merupakan syarikat automotif nasional utama negara sejak 2006 dan menjadi jenama buatan tempatan yang dipercayai dalam kalangan Keluarga Malaysia.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pemegang saham Perodua, antaranya Permodalan Nasional Berhad, UMW Holdings Berhad, MBM Resources Berhad, Daihatsu Motor Company of Japan dan sebagainya kerana masih dapat bekerjasama secara harmoni.

“Kestabilan ini amat penting bagi mengukuhkan industri automotif negara dan memberi keyakinan bukan sahaja kepada para pelanggan dan para pekerjanya malah kepada Kerajaan.

“Usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Perodua juga harus menjadi contoh oleh syarikat-syarikat tempatan yang lain di mana kepentingan negara didahulukan demi kesejahteraan semua,” katanya.

Ismail Sabri turut tertarik dengan ciri-ciri model canggih yang ada pada Perodua Alza Serba Baharu dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil.

“Saya percaya model baharu ini akan diterima baik oleh seluruh Keluarga Malaysia kerana harganya yang kompetitif dan aspek keselamatannya dipertingkatkan sesuai dengan aspek pemanduan di Malaysia.

“Pada masa yang sama, saya berharap Perodua dapat mencari peluang untuk memasarkan produk-produknya hingga ke peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga bersedia membantu pihak Perodua untuk meluaskan pasaran yang sedia ada dan membantu mencari pasaran baharu.

“Saya berharap Perodua akan terus mempertingkatkan kebolehan pengeluarannya sekaligus mencapai skala ekonomi yang kompetitif setaraf dengan syarikat-syarikat asing di rantau ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan