25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rohana wanita pertama TLDM berpangkat Laksamana Muda

Majlis pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ROHANA Jupri yang pernah mencipta sejarah sebagai pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita pertama dinaikkan pangkat sebagai Kepten pada 2017 kemudian Laksamana Muda pada 2020 kini bergelar Laksamana Muda.

Menurut TLDM, Rohana kini merupakan pegawai wanita pertama yang dinaikkan pangkat Laksamana Muda itu berkuatkuasa hari ini.

“Pemakaian pangkat Laksamana Muda Rohana Jupri yang kini memegang jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Materiel di Markas Tentera Laut telah meletakkan beliau di barisan hadapan dalam kepimpinan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) yang telah dianggotainya sejak 18 Disember 2020,” kata TLDM menerusi Facebooknya hari ini.

Majlis pemakaian pangkat Laksamana Muda Rohana itu disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang turut dihadiri oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.

Rohana sebelum ini merupakan pegawai wanita pertama TLDM yang dinaikkan ke pangkat Kepten TLDM iaitu pada 27 September 2017 dan Laksamana Pertama pada 18 Disember 2020.

Advertisements

“Kenaikan pangkat ini membuktikan kemampuan dan kredibiliti warga wanita TLDM diiktiraf oleh pengurusan tertinggi.

“Ia juga sebagai tanda penghargaan TLDM terhadap usaha dan kemampuan yang ditunjukkan oleh beliau sekali gus memberi tanggungjawab untuk melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan cemerlang,” kata kenyataan itu.

Katanya, peranan warga wanita TLDM kini semakin diketengahkan dan penyertaan wanita dalam TLDM juga telah meliputi semua kepakaran utama yang ada dalam TLDM iaitu eksekutif, bekalan dan kejuruteraan.

Ruang dan peluang sentiasa diberikan kepada warga wanita TLDM untuk memegang jawatan-jawatan utama, sama pentingnya dengan warga TLDM yang lain, katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan