34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Polis tahan lelaki warga asing bawa pisau ketika solat Aidiladha

Siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang lelaki warga asing berketurunan Arab kerana membawa senjata tajam ketika mengunjungi Masjid Sultan Abu Bakar, di Johor untuk menunaikan solat sunat perayaan Hari Raya Aidiladha, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang berusia 57 tahun itu ditahan pada pukul 8.45 pagi tadi.

Menurut beliau, kejadian berkenaan dikesan ketika sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS yang sedang membuat kawalan keselamatan di masjid berkenaan.

“Hasil pemeriksaan tubuh yang dijalankan mendapati suspek memiliki sebilah pisau bersarung dengan ukuran 33 sentimeter termasuk ulu pisau yang diselit di bahagian tali pinggang.

“Siasatan awal mendapati senjata berkenaan merupakan satu hiasan tradisi sempena musim perayaan di negara suspek namun perkara tersebut salah di sisi undang-undang negara.

“Sehubungan itu, lelaki warga asing berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Raub lagi, jika disabitkan bersalah, lelaki berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun beserta sebatan.

“Orang ramai diminta untuk melaporkan sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan persekitaran mereka bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan pantas,” jelasnya. 

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan