25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Wanita hina islam dah kena reman tiga hari

Siasatan USJT dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

WANITA yang disyaki menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, di Kuala Lumpur sudah ditahan malam tadi.

Suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, suspek berusia 26 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Selasa.

“Pada masa ini, suspek ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Siasatan USJT dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Baca juga:   Kes kedua varian Omicron dikesan - Khairy

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan tindakan seorang pelawak wanita yang menanggal tudung dan membuka pakaiannya di hadapan ramai ketika mengadakan persembahan komedi solo di sebuah kelab di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Dalam video berdurasi 53 saat berkenaan, Amy mengaku berketurunan Melayu, beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.

Video tersebut mengundang kecaman sehingga mendapat perhatian banyak pihak termasuklah golongan pendakwah, selebriti dan pelawak yang menyifatkan perbuatannya sangat memalukan dan menghina Islam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara operasi kelab berkenaan serta-merta susulan isu tular seorang wanita menghina kesucian agama Islam.

-EDISI9

Baca juga:   Bayi lelaki usia setahun ditemukan rentung dalam kebakaran

Terkini

MBM sokong kenyataan PM gelar Israel sebuah negara Aparteid

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menyokong sepenuhnya kenyataan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)...

Lagi Artikel Berkaitan