24 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Penganggur tinggalkan mayat anak kekasih hadapi 4 pertuduhan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG penganggur yang bertindak meninggalkan mayat anak kekasihnya selepas kejadian kemalangan Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, Ahad lalu didakwa atas empat pertuduhan di Majistret Tampin, Negeri Sembilan, hari ini.

Tertuduh, Khairul Azuan Dollah, 29, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan iaitu mencuri kenderaan serta dua kes dikehendaki membabitkan kesalahan narkotik yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan pertama, pada 27 Jun lalu, kira-kira pukul 4.35 pagi di Jalan Sungai Dua-Jelai telah didapati dalam milikan tertuduh dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat 2.50 gram.

Justeru itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta yang sama dan mahkamah menetapkan 4 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.

Bagi pertuduhan kedua, pada 26 Jun lalu, kira-kira pukul 11.45 malam, di Jalan Lingkaran Tengah Jelai dari Jalan Besar Tampin Gemas, tertuduh telah mencuri sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

Baca juga:   Penganggur warga asing pecah rumah ditahan

Kesalahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan denda.

Tertuduh juga turut mengaku bersalah atas pertuduhan ketiga dan keempat membabitkan kes dikehendaki berkaitan memasukkan dadah ke dalam badan iaitu di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Bagi pertuduhan kedua, Kartini menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan dan denda sebanyak RM2,000.

Baca juga:   KPLB berjaya lahirkan lebih 64,000 usahawan desa

Manakala, bagi pertuduhan ketiga dan keempat, mahkamah menjatuhkan hukuman 10 dan 15 bulan penjara dari tarikh sabitan kes serta dua tahun pengawasan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng, manakala tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Pada 29 Jun lalu, media melaporkan sepasang suami-isteri tergamak meninggalkan anak mereka yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, Negeri Sembilan.

Dalam kejadian pada 11.30 malam itu, pasangan berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu melarikan diri dengan menaiki pacuan empat roda jenis Toyota Hilux milik seorang pengguna jalan raya yang berhenti untuk memberi bantuan awal kepada mangsa.

Bagaimanapun, pasangan terbabit berjaya ditahan di rumah mereka di Felda Bukit Jalor dan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan telah menemui dadah.

-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Ahmad Maslan, Steven Sim antara 27 dilantik Timbalan Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen...

Lagi Artikel Berkaitan