29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pasangan suami isteri dera anak angkat ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan pasangan suami isteri kerana disyaki mendera anak angkat perempuan yang berusia empat tahun dalam kejadian di sebuah rumah sekitar Beranang, Selangor pada 18 Julai lalu.

Difahamkan, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 12.14 tengah malam tadi selepas tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis bertindak menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu pada pukul 2.30 pagi.

“Kita juga turut menahan pasangan suami isteri terbabit yang merupakan warga tempatan dan Singapura berusia lingkungan 28 hingga 30 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat mangsa tidak suka makan nasi sebelum suspek memaksa kanak-kanak itu menelan nasi sehingga termuntah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, mangsa dipercayai turut dipukul dengan penyangkut baju, batang penyapu dan juga dicucuh dengan pemetik api.

“Kanak-kanak perempuan itu telah dibawa Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Mangsa merupakan anak kepada warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri sebelum diserahkan di bawah penjagaan suspek sejak April lalu kerana ibu kandung tidak mampu menjaganya,” ujarnya.

Tambahnya, pasangan itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 28 Julai di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini tersebar satu rakaman video berdurasi 0.23 saat menunjukkan seorang wanita memukul kanak-kanak tersebut menggunakan batang penyapu hanya kerana enggan makan nasi yang diberikan.

Insiden tersebut mendapat kecaman orang ramai dan rata-ratanya mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap individu terlibat. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan