25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Agong, Permaisuri, PM ucap selamat menyambut Hari Sarawak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Sarawak yang disambut hari ini.

Turut menzahirkan ucapan itu adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi poster yang dimuatnaik di laman Facebook Istana Negara,

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan selamat menyambut Hari Sarawak kepada seluruh Keluarga Malaysia Sarawak.

Menurutnya, tarikh 22 Julai amat istimewa bagi memperingati tarikh penyerahan pentadbiran negeri berkenaan kepada anak watan Sarawak.

“Saya bangga melihat arus pembangunan dan kemajuan yang sudah banyak dikecapi oleh negeri Sarawak.

“Semoga Sarawak sentiasa makmur dan harmoni selamanya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Hari Sarawak adalah hari pemerintahan sendiri wilayah Sarawak di Malaysia selepas mencapai kemerdekaannya dari penjajah Inggeris pada 22 Julai 1963. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan