27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dera kanak-kanak: Mufti gesa gubal hukuman ‘sangat keras’

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 27 saat memaparkan seorang wanita memukul kanak-kanak menggunakan kayu penyapu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengubal undang-undang yang menawarkan hukuman yang ‘sangat keras’ tershadap pesalah yang mendera kanak-kanak.

Beliau berkata, individu yang mendera serta menyeksa kanak-kanak juga tidak layak untuk hidup bermasyarakat.

“Seseorang yang menyeksa kanak-kanak bukan sahaja tidak layak untuk hidup di alam manusia, bahkan tidak layak untuk hidup di alam binatang.

“Orang seperti itu hendaklah dinyahkan dari bersosial kerana tidak layak untuk hidup dalam mana-mana masyarakat pun,” katanya dalam satu hantaran dalam Facebook hari ini.

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat tersebut.

Tanpa menunjukkan sebarang contoh insiden dera, hantaran tersebut mendapat lebih 100 perkongsian serta diberikan lebih 2,000 reaksi kurang sejam dari dimuat naik di laman sosial tersebut.

Menurut pemilik akaun Facebook, Che Rohayati, dia menyatakan adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal apabila ada individu yang sanggup mendera kanak-kanak, cabul atau merogol dan liwat.

“Tidak dapat diterima akal kita ada orang sanggup mendera kanak-kanak… cabul atau merogol…liwat kanak-kanak. Setuju satu hukuman lagi berat patut diadakan setimpal dengan kesalahan mereka.

Sementara itu, bagi Man pula, cadangan berkenaan dilihat begitu tegas lebih-lebih lagi pada waktu seperti ini.

“Begitu tegas dan keras saranan ni…harap dapat pertimbangan pihak berkuasa…,” kata Man.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 27 saat memaparkan seorang wanita memukul kanak-kanak menggunakan kayu penyapu.

Kanak-kanak terbabit juga didapati mengalami lebam di bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit dari seorang lelaki pada jam 12.40 tengah malam tadi.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 18 Julai lalu di sebuah rumah di Taman Perumahan di Beranang. Mangsa adalah anak angkat kepada pasangan suami isteri dicederakan atau didera oleh pasangan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya kemudian menahan pasangan suami isteri berusia 28 dan 30-an hari ini.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan