25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

30,000 peluang pekerjaan ditawar dalam Ekspo Kerjaya Perkeso

Ekspo itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur mulai esok hingga 27 Julai ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 30,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan kepada para pencari pekerjaan dalam Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bermula esok sehingga 27 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, berkonsepkan One Stop Employment Solution, ekspo tersebut menghimpunkan pelbagai peluang pekerjaan di seluruh negara oleh para majikan di bawah satu bumbung

“Terdapat lebih 30,000 kekosongan jawatan daripada pelbagai kategori dan sektor pekerjaan termasuk profesional dan pengurusan untuk diisi oleh pencari kerja di ekspo kerjaya ini dengan penglibatan kira-kira 1,000 majikan.

“Ia termasuk sektor ekonomi gig, keusahawanan dan penyedia latihan yang menyediakan program Place and Train. Petronas, ExxonMobil, UMW Holdings, MBSB Bank dan RHB Bank adalah antara majikan yang akan menyertai ekspo ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohammed Azman berkata, ekspo tersebut merupakan karnival pekerjaan terbesar dan julung kali diadakan pada tahun ini.

Katanya, ia diadakan bagi mencapai sasaran kerajaan untuk mencipta 600,000 peluang pekerjaan melalui Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia di bawah Bajet 2022.

Beliau berkata, selain inisiatif padanan dan penempatan pekerjaan, ekspo kerjaya itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik kepada pencari kerja dan pengunjung yang hadir.

“Antaranya ialah kaunseling kerjaya, bantuan penyediaan resume, pertandingan e-Sport, debat institut pengajian tinggi, ceramah kebolehpasaran pekerjaan serta pameran oleh agensi-agensi Kerajaan seperti Tekun Nasional, Malaysia Digital Economy Corporation
(MDEC) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Selain itu, Program Ideathon bagi penghasilan aplikasi khusus buat Orang Kurang Upaya (OKU), sesi perkongsian bagi pembangunan usahawan, demonstrasi cloud kitchen, jualan trak sajian dan RTWprenuers dan persembahan oleh penghibur jalanan serta Youth Icon juga akan turut berlangsung.

Katanya, turutu diadakan program Career Exploration dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khas untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah bagi membantu mereka mengenal pasti bidang kerjaya dan potensi pekerjaan yang bersesuaian dengan minat mereka. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan