24 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Hukuman penjara agensi tipu jemaah haji – MATA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) mencadangkan pihak berkuasa menjadikan kes penipuan jemaah haji oleh agensi pelancongan sebagai satu jenayah berat dengan hukuman penjara supaya perkara itu dapat dibanteras.

Presiden MATA, Datuk Dr Mohd Khalid Harun berkata, bagi mengelakkan ditipu, bakal jemaah haji yang berurusan dengan agensi pelancongan boleh menghubungi pihak MATA sekiranya mempunyai keraguan.

Beliau berkata, bakal jemaah mesti mempunyai visa haji bagi menunaikan ibadah itu.

“Tentukan ada visa haji. Mohon penjelasan bukti sebelum memberi sebarang dokumen seperti pasport dan jangan bayar sebelum ada jaminan penerbangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Khalid turut mengingatkan agensi pelancongan supaya tidak memperdagangkan visa haji yang dianugerahkan kepada mereka sesuka hati dan mengenakan caj perkhidmatan yang berpatutan.

“Pastikan agensi pelancongan sudah menerima tawaran (visa haji) yang diamanahkan baru mengundang jemaah haji,” katanya.

Baca juga:   Warga emas sanggup redah muara sungai untuk suntikan vaksin

Pada 7 Julai Bernama melaporkan 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka dipercayai menggunakan visa furada iaitu visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).

TH sebelum ini memberi peringatan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). – Bernama

Baca juga:   Cemas, mata kanak-kanak terkena 'gam tiga saat'

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan