31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Empat sekeluarga maut nahas dua kenderaan

Mangsa yang meninggal dunia adalah lelaki berusia 30 tahun, wanita berusia 28 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berusia empat dan satu tahun.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT beranak maut selepas kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler berdekatan Simpang Roban, Saratok, Sarawak, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.53 pagi.

Menurutnya, sejurus panggilan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikejarkan ke lokasi yang terletak lapan kilometer dari balai bomba.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan treler.

“Empat orang yang berada dalam kereta jenis Honda City itu tersepit dan semua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   SPM 2021 sesi kedua 5 April ini

Katanya, mangsa yang meninggal dunia adalah lelaki berusia 30 tahun, wanita berusia 28 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berusia empat dan satu tahun.

“Semua mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Identiti semua mangsa yang meninggal dunia serta laporan punca kejadian masih belum diperoleh, manakala pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Cuti umum Aidilfitri di Indonesia bermula 19 April

PEMERINTAH Indonesia mengumumkan permulaan cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 19 April dan berakhir pada 25 April. Memetik...

Lagi Artikel Berkaitan