25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Gara-gara tak dapat jumpa isteri, lelaki bakar pondok

Kes disiasat di bawah Seksyen 435/427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA tidak dapat bertemu dengan isteri, seorang lelaki mengamuk dengan membakar sebuah pondok dan memecahkan cermin sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Taman Seri Astana di Sungai Petani, Kedah, pagi ini.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, suspek berusia 54 tahun berang selepas gagal bertemu isterinya selepas mencari di beberapa lokasi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, suspek juga didapati memegang sebilah parang dalam kejadian tersebut.

“Suspek sebelum itu dikatakan mencari isterinya di rumah mereka di taman perumahan di situ selain di pasar pagi namun tidak menemuinya.

“Lelaki terbabit kemudian pergi ke kedai makan yang sebelum ini diusahakan bersama isterinya dan masih tidak menemui wanita berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Zaidy lagi, suspek yang berang terus mengamuk dengan membakar sebuah pondok di belakang kedai makan milik mereka.

Menurutnya, suspek yang merupakan seorang penganggur turut memecahkan cermin MPV jenis Naza Ria milik orang awam yang diletakkan berdekatan kedai makan tersebut.

Advertisements

“Suspek seterusnya melarikan diri di kawasan semak belakang pondok yang dibakarnya.

Ujarnya, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek.

“Ketika ditahan suspek tidak melawan dan mengaku bertindak sedemikian kerana tertekan akibat masalah rumah tangga.

“Kita turut merampas sebilah parang dan semakan awal mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah dan empat rekod dadah,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 435/427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api, khianat pecah cermin kenderaan dan ugutan jenayah. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan