30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Seorang maut, dua cedera dalam nahas 4 kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut setelah kereta jenis Kia Rio dipandunya terlibat dalam nahas jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan lain di Jalan Izzudin Shah Aulong, Taiping, Perak kira -kira pukul 5.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada kenderaan yang dipandu mangsa, Lee Beng Kok, 57, secara tiba-tiba keluar dari simpang tiga Jalan Haiwan.

Katanya, kenderaan mangsa telah melanggar Toyota Vios berwarna hitam yang dipandu oleh seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun yang membawa penumpang berusia 18 tahun.

“Akibat perlanggaran itu, kereta Kia Rio yang dipandu mangsa telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar dua buah kenderaan jenis BMW dipandu seorang ejen kewangan berusia 35 tahun dan sebuah Nissan Almera dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun bersama penumpangnya wanita berusia 55 tahun.

Baca juga:   Dua remaja maut kereta terbabas masuk longkang

“Impak dari kemalangan itu telah menyebabkan mangsa tersepit ditempat pemandu dan pegawai perubatan telah mengesahkan mangsa meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Kosmo! yang memetik jurucakap Bomba Perak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping telah menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa yang cedera iaitu pemandu dan penumpang Nissan Almera telah dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan, manakala mayat pemandu Kia Rio turut dihantar ke hospital yang sama untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Baca juga:   Pengusaha taska didenda RM7,000 tampar kanak-kanak dua tahun

Katanya, dua pelajar perempuan dan ejen kewangan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wartawan

Terkini

385 pelajar IPT anak Padang Terap terima bantuan sara hidup

KEBAJIKAN pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) anak-anak Padang Terap terus diberi perhatian. Bagi meringankan beban kewangan mereka, sejumlah 385 anak-anak daerah...

Lagi Artikel Berkaitan