26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Reman lelaki tikam ibu kandung dilanjutkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TEMPOH tahanan reman terhadap seorang duda yang disyaki menikam ibu kandungnya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu minggu lalu dilanjutkan tujuh hari lagi.

Lanjutan tahanan reman sehingga 19 Julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sinin.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga kelihatan tenang ketika dibawa ke pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang 5 Julai lalu, mangsa Rozizah Md Dom,63, disahkan maut di kediamannya selepas ditikam dua kali di bahagian kiri dan kanan leher oleh suspek yang juga anak sulung daripada lima beradik.

Mangsa yang juga seorang pesara guru juga dikatakan baharu kehilangan suami bulan lalu.

Advertisements

Suspek yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan rekod rawatan psikiatri melakukan tikaman berkenaan dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 26 sentimeter (cm).

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, berkata, suspek mendakwa bertindak demikian selepas terdengar bisikan kononnya ibunya menyembah berhala.

Suspek dikatakan berada dibawah pengaruh dadah selepas ujian saringan air kecing terhadapnya mendapati positif syabu.

Lanjutan tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lebih terperinci dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Bernama

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan