26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pemandu lori direman bakar mercun di MRR2

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki tempatan direman selama empat hari sehingga 19 April ini kerana disyaki membakar mercun di atas Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kelmarin.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berumur 35 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan di Jalan Dagang, Ampang pada pukul 10 malam hari yang sama.

Katanya, penahanan itu dibuat susulan satu laporan yang dibuat berikutan video kejadian yang tular di Twitter mengenai perbuatan lelaki tersebut.

“Suspek mendakwa membakar mercun jenis Cake (138) shot kerana diminta pelanggan premis milik kawannya.

Advertisements

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah manakala ujian air kencingnya adalah negatif,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.

Katanya, hukuman bagi Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi satu bulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-duanya.

Polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan menggunakan bahan letupan membahayakan nyawa atau kerosakan atau kecederaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan