25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Rakyat Malaysia di Sudan dinasihatkan berjaga-jaga -KLN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RAKYAT Malaysia di Sudan dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak mengambil risiko keluar rumah buat sementara waktu ketika konflik yang melanda negara tersebut.

Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sebarang maklumat lanjut mengenai situasi semasa di negara bergolak itu akan dimaklumkan oleh Wisma Putra.

Wisma Putra memantau rapat perkembangan di Sudan bersama agensi kerajaan yang lain termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan beberapa agensi lain.

“Ini bagi memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia yang berada di Sudan terjamin,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pertembungan dua pihak, Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) menyebabkan konflik di negara berkenaan sehingga menyebabkan keselamatan pendudukan dan rakyat asing di negara itu tergugat.

Sehingga kini, sebanyak 29 rakyat Malaysia yang majoritinya pelajar telah dikenal pasti dan disahkan selamat ketika berada di Sudan.

Wisma Putra telah melancarkan bilik operasi selama 24 jam bagi memantau keadaan semasa di negara ini serta melakukan komunikasi secara berkumpulan melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, Zambry berkata, satu mesyuarat antara agensi telah diadakan semalam bagi mendapatkan perkembangan terkini di Sudan dan mencari jalan terbaik bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini terjamin.

Mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala, Kementerian Luar Negeri, Datuk Norman Muhamad.

Ianya turut melibatkan MKN, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri Bahagian Penyelidikan, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Polis Diraja Malaysia dan Petronas. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan