34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tempoh reman polis tembak isteri disambung 5 hari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TEMPOH reman anggota polis yang menembak mati isteri, Safsufarnisya Salleh 26, di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar pada 5 Mac lalu disambung lima hari lagi sehingga 17 Mac ini.

Suspek berpangkat Lans Koperal berusia 27 tahun sebelum ini menjalani tempoh reman yang tamat hari ini di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Perintah reman kepada suspek yang masih dirawat dalam wad di hospital itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kangar, Siti Nor Hasliza Md Ali yang tiba HTF sekitar jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan sambungan tempoh reman itu.

“Dalam masa yang sama juga kita sedang menunggu laporan bedah siasat mangsa.

Advertisements

“Suspek berada di hospital untuk menjalani pemeriksaan klinikal kesihatan dan psikiatri,” katanya memetik laporan BH Online.

Suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis disyaki membunuh Safsufarnisya yang juga seorang suri rumah dengan menembak lebih lima das menggunakan pistol Walter P99 dari jarak dekat.

Kejadian berlaku di dalam sebuah bilik di kediaman keluarga pasangan terbabit yang mana tembakan suspek itu mengenai mata kiri mangsa dan mangsa maut di tempat kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan