28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Enggan lepas jawatan, Muhyiddin cakap tak serupa bikin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan melepaskan jawatan selepas ada dakwaan di mahkamah dianggap sebagai ‘cakap tidak serupa bikin’.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, sebelum ini Bersatu menyuruh pemimpin UMNO meletak jawatan jika didakwa, tetapi mereka tidak pula berbuat demikian.

“Kemudian Muhyiddin kata dia akan letak jawatan jika ada pertuduhan dan dakwaan.

“Apabila sudah ada pertuduhan dan dakwaan, dia tidak letak jawatan sebab kononnya kawan-kawan dia tak bagi.

“Apa punya sembang, Muhyiddin ini memang cakap tak serupa bikin dari dulu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Jelas Isham lagi, malah Muhyiddin juga sebelum ini ada memberi kenyataan bahawa menjadi meletak jawatan adalah standard kepada Bersatu jika didakwa.

Advertisements

“Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan kena dakwa dan letak jawatan tetapi Muhyiddin tidak pula,” katanya.

Pada masa sama, Isham turut menempelak Muhyiddin yang sebelum ini lantang menuduh parti lain sebagai kleptokrat.

“Dulu dia kata orang, sekarang kes kleptokrat dialah yang paling besar dalam sejarah Malaysia.

“Sekarang dia nak buat ‘Gelombang Abah @ Gelabah’ dan akan tunggang parti komponen Perikatan Nasional seperti biasa lagi sebab Bersatu tiada akar umbi.

“Lain kali jangan guna duit komisen kontraktor rundingan terus daripada projek kerajaan untuk biaya kempen politik kamu seperti yang kamu didakwa buat sebelum ini,” tambahnya.

Terdahulu, Muhyiddin berhadapan enam pertuduhan iaitu empat membabitkan dakwaan menerima suapan berjumlah RM232.5 juta manakala dua lagi pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta empat tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan