26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Nurul kecundang di Bagan Datuk, menang di Pusat

Beliau berjaya mendapat undi kedua terbanyak bagi jawatan Exco Wanita UMNO Pusat dengan memperoleh 330 undi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BIARPUN gagal memenangi jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk, namun anak kepada Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tetap mengucapkan terima kasih kepada perwakilan kerana memilih dan memberikannya semangat untuk berjuang.

Nurulhidayah dilaporkan gagal memenangi jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk pada pemilihan kali ini apabila tewas di tangan penyandangnya, Zarozatin Isa.

Bagaimanapun, beliau berjaya mendapat undi kedua terbanyak bagi jawatan Exco Wanita UMNO Pusat dengan memperoleh 330 undi dalam pemilihan semalam.

“Terima kasih kerana memilih dan memberikan saya mandat serta amanah ini. Sesungguhnya ia adalah amat luar biasa bagi saya dan keterujaan ini.

“Sekaligus memberikan saya semangat untuk terus berjuang dan sedia berkhidmat dengan parti keramat UMNO,” katanya menerusi coretan di poster media sosial beliau.

Advertisements

Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk pula dimenangi Zainab Samsudin.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian pula menyaksikan muka baharu apabila Muhammad Nabil Saleh dipilih perwakilan manakala Naib Ketua Pemuda bahagian dimenangi Mohd Izlahudin Shawani Mohd Nordin.

Puteri UMNO Bahagian Bagan Datuk mendapat ketua yang baharu selepas Nurul Salina Mohamad memenangi pemilihan pada Sabtu manakala Nurul Azura Ramli pula memenangi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO bahagian berkenaan.

UMNO Bahagian Bagan Datuk diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan