25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Pasukan Kesihatan TH-KKM turut bantu jemaah negara lain

Pasukan Kesihatan TH-KKM juga turut diuji dengan pelbagai jenis pancaroba dan latar belakang manusia di Tanah Suci.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Kesihatan Tabung Haji (TH) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merawat dan menolong jemaah dari negara lain selain jemaah haji Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sememangnya menjalankan ibadah Haji tidak mudah dan ramai yang akan diuji oleh-Nya.

“Setiap ujian yang diberikan merupakan ketetapan dalam kehidupan insan untuk membuat seorang hamba menjadi lebih bersyukur.

“Meskipun semua jemaah Haji Malaysia telah menjalani saringan kesihatan yang rapi sebelum bertolak ke Tanah Suci namun tidak hairan jika ada yang diuji dengan masalah kesihatan semasa musim Haji ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar Noor Hisham lagi, beberapa pesakit dari Klinik Kecemasan Mina telah dirujuk ke Hospital di Makkah antaranya hernia/angin pasang, kes sakit puan yang kompleks, kes jangkitan kuman yang parah, serangan jantung, serangan asma, kepatahan tulang dan kes akut yang memerlukan pembedahan segera.

Baca juga:   Dos penggalak untuk lindungi diri, siap siaga sambut raya

“Pasukan Kesihatan TH-KKM juga turut diuji dengan pelbagai jenis pancaroba dan latar belakang manusia di Tanah Suci.

“Sabar, usaha dan tawakkal. Alhamdulillah mereka turut merawat dan menolong jemaah dari negara lain yg memerlukan pertolongan selain jemaah haji Malaysia.

“Allah sahajalah yang dapat membalas jasa kalian semua petugas dengan setimpalnya, InsyaAllah,” katanya.

Terdahulu, pasukan kesihatan TH dan KKM melaksanakan Safari Wukuf bagi membawa pesakit dari pusat rawatan ke Arafah dalam memastikan semua jemaah dapat menunaikan ibadah itu.

Baca juga:   Selangor catat 1,491 kes tertinggi Covid-19

Menurut Noor HIsham, kesemua jemaah terlibat telah dibawa menaiki ambulans dan bas untuk berada seketika di Arafah sebelum pulang kembali ke pusat rawatan.

“Perkhidmatan Safari Wukuf telah bermula pada tahun 2016 dengan melibatkan sebanyak enam hingga lapan buah bas dan ambulans. Petugas rombongan perubatan pula terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih serta pembantu petugas haji.

“Pada tahun ini, kita telah menyediakan dua buah bas yang diubah suai serta dua bas biasa bagi tujuan membawa jemaah haji seramai 26 orang,”katanya.

-EDISI9

Terkini

Hapus kuasa veto, netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke -77 di...

Lagi Artikel Berkaitan