25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tajuddin digugur sebagai duta besar ke Indonesia?

Pelantikan Tajuddin mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk bekas diplomat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Free Malaysia Today yang memetik sumber kerajaan berkata nama ahli politik UMNO itu tidak tersenarai dalam senarai terbaharu penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara dari Yang di-Pertuan Agong esok.

Menurutnya lagi, kerajaan “berubah hati” mengenai pelantikan Tajuddin.

“Sebab itu nama dia tak dimasukkan dalam senarai utusan terbaharu yang akan terima surat watikah daripada Yang di-Pertuan Agong esok,” katanya.

Bagaimanapun, The Malaysian Insight yang memetik sumber rapat dengan Pejabat Perdana Menteri berkata, pelantikan itu “masih di landasan betul” dan surat watikah hanya ditangguhkan.

Ketika dihubungi, Tajuddin enggan mengulas dan meminta FMT merujuk isu itu kepada Wisma Putra.

Advertisements

“Tiada komen. Tanyalah Kementerian Luar ke, tanya perdana menteri ke, saya mana tahu,” katanya.

Pelantikan Tajuddin mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk bekas diplomat.

Beberapa pihak dalam Umno turut mendesak Tajuddin digugurkan sebagai duta besar ke Indonesia kerana tindakannya menyerang presiden Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka yang disifatkan sebagai “memalukan”.

Dalam sidang medianya sebelum ini, Tajuddin menggesa Zahid berundur daripada jawatan presiden Umno.

Petisyen juga dilancarkan di Change.org untuk menggesa pelantikan Tajuddin sebagai duta besar ke Indonesia dibatalkan, yang mengumpulkan lebih 35,000 tandatangan setakat hari ini.

Pada Mei 2021, Ahli Parlimen kontroversi itu digugurkan daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, beberapa hari selepas sidang medianya yang mendapat kritikan berhubung perlanggaran dua tren LRT.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan