30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

UMNO tarik balik penggantungan keahlian Tajuddin Rahman

Mesti Baca

UMNO hari ini membuat keputusan melepaskan dan menarik balik penggantungan keahlian UMNO bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini.

“Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO,” katanya dalam kenyataan.

Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti antara lain berkait tempoh masa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Bagaimanapun, bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu dilapor telah mengemukakan rayuan sebanyak empat kali bagi membolehkan penggantungannya dibatalkan.

Advertisements

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, mesyuarat turut bersetuju melantik Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Dilantik.

Beliau berkata, pelantikan Othman merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap Veteran UMNO Malaysia yang memainkan peranan penting dalam mempertahan dan memperkukuhkan parti selama ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO akan memulakan Sekolah Politik yang akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula awal tahun hadapan.

Katanya, sekolah tersebut akan memfokuskan kepada ilmu-ilmu asas kenegaraan, perlembagaan, dinamika politik demokrasi, politik khidmat dan bakti kepada rakyat.  – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan