24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

MKT Umno tolak rayuan Tajuddin, kekal tindakan ‘digantung’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS ketua Umno bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman gagal dalam rayuannya berhubung tindakan penggantungan keahlian serta ditolak Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil berkata, permohonan Tajuddin itu bersandarkan kepada keputusan Lembaga Disiplin parti sebelum ini.

“Rayuan daripada Tajuddin hari tu dia digantung, rayuan dia telah ditolak. Penggantungannya dikuatkuasakan hari ini (malam tadi).

“Alasan-alasan disiplin (kerana penggantungan) seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Umno,” kata nya yang ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat MKT Umno di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, malam tadi.

Sebelum ini, keahlian Tajuddin digantung selama enam tahun pada Oktober tahun lalu namun beliau memperlekehkan keputusan itu dengan mendakwa ia bukan “hukuman mati”.

Keputusan tersebut dibuat selepas beliau dilihat secara terbuka mengkritik Umno berikutan penyingkirannya sebagai ahli MKT pada Jun 2022.

Advertisements

Beliau juga menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan selepas penyingkirannya.

Dalam pada itu, Isham turut memaklumkan bahawa Umno bahagian Arau juga telah digantung atas faktor disiplin.

Menurut beliau, satu ketua pentadbir akan dilantik bagi bahagian berkenaan.

Isham turut memaklumkan Ahli Jawatankuasa Umno Arau hanya boleh hadir ke Perhimpunan Agung Umno yang akan datang sebagai pemerhati.

Pada Nov lalu, Umno menggantung sementara dua ketua wanita bahagian, masing-masing dari Arau dan Maran, kerana didakwa menyokong calon yang menentang parti itu pada pilihan raya PRU15.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan