30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Operasi LRT dilanjut separuh akhir Piala AFF Malaysia-Thailand

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERKHIDMATAN Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam sempena perlawanan separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 Malaysia menentang Thailand pada Sabtu ini.

Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, ia sebagai alternatif buat penyokong ke Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kemudahan 13,892 ruang parkir tersedia.

Menurut kenyataan itu, kesemua stesen integrasi boleh diakses penumpang dari Stesen Bukit Jalil yang ingin meneruskan perjalanan menggunakan tren laluan berbeza ke destinasi yang ingin dituju.

“Bagi kelancaran pergerakan penumpang yang menaiki tren ke stadium, tren tambahan akan disediakan sejurus tamat perlawanan.

“Penumpang dinasihatkan menggunakan Touch ‘n Go serta memastikan baki kad mencukupi sebelum tiba di stesen bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik,” menurut kenyataan itu di sini.

Kata kenyataan itu, Rapid Rail akan menempatkan kakitangan tambahan bagi melancarkan pergerakan penumpang keluar masuk di stesen serta kemudahan surau juga disediakan bagi penyokong muslim menunaikan solat.

Baca juga:   Sato mohon maaf, rayu tidak serang akaun peribadinya

“Sebagai langkah keselamatan, penumpang diwajibkan untuk memakai pelitup muka sepanjang berada di kawasan stesen dan di dalam tren bagi mengekang penularan COVID-19.

“Bagi memudahkan perjalanan, pengguna boleh merujuk media sosial serta aplikasi PULSE Rapid KL bagi mendapatkan informasi terkini mengenai status perkhidmatan,” ujar kenyataan itu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan...

Lagi Artikel Berkaitan