24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

1,653 guru anak kelahiran Sabah isi kekosongan lantikan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1,653 orang guru yang dilantik melalui ambilan one-off merupakan anak kelahiran Sabah yang terdiri daripada 1,498 guru lantikan tetap dan 155 guru lantikan Contract of Service (CoS).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, daripada 1,653 orang guru yang dilantik, seramai 1,221 guru baharu telah ditempatkan di sekolah negeri Sabah.

“Ini melibatkan 1,104 guru lantikan tetap dan 117 orang guru lantikan CoS,” katanya menjawab pertanyaan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) dalam di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Ma’mun Sulaiman bertanyakan jumlah lantikan guru sama ada lantikan tetap atau CoS calon-calon berasal dari Sabah bagi mengisi kekosongan dan kekurangan guru di negeri itu.

Dalam pada itu, Radzi berkata, seramai 16,381 orang guru telah dilantik dan ditempatkan di sekolah bawah KPM.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 13,770 orang adalah lantikan secara tetap manakala 2,611 orang lantikan secara Contract of Service (CoS).

Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah mengumumkan Pengambilan Khas seramai 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off pada 20 Jun 2021 bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM seluruh negara.

Advertisements

“Ini merupakan inisiatif yang diambil oleh KPM bagi mengatasi isu kekosongan guru yang telah berlarutan sekian lama,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPM telah memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran bagi pengambilan guru secara one-off agar dapat membuka peluang kepada lebih ramai graduan untuk memohon berdasarkan kepada pemetaan ijazah sarjana muda dengan mata pelajaran yang bersesuaian.

“Graduan yang memiliki bidang pengkhususan utama tertentu boleh memohon untuk mengisi kekosongan mata pelajaran lain yang dikategorikan dalam kluster yang sama.

“Penggunaan Kluster Mata Pelajaran akan diteruskan dalam urusan pengambilan yang seterusnya.

“Kluster yang digunakan ini akan sentiasa dinilai dan ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Ujar beliau, urusan pengambilan khas guru baharu ini telah selesai dilaksanakan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“KPM mengucapkan terima kasih di atas kerjasama SPP dalam menjayakan urusan pengambilan guru one-off ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan