24 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Tun M tak paham, projek mega untungkan negara – Najib

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Najib Razak menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa projek dilaksanakan ketika beliau menjadi Perdana Menteri terlalu mahal sekali gus menyebabkan Malaysia semakin ketinggalan berbanding negara jiran.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Dr Mahathir masih menyalahkan beliau dan mengatakan negara semakin mengundur ke belakang berbanding negara jiran selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Antara dakwaannya projek yang dilaksanakan saya terlalu mahal selain ia tidak diperlukan selain negara sudah bankrap,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Bagaimanapun, Najib membidas dakwaan itu dengan membandingkan projek keretapi laju yang dibangunkan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

“Secara khusus dia (Dr Mahathir) petik projek keretapi laju HSR Kuala Lumpur ke Singapura. Dia kata HSR ini tidak diperlukan sebab jaraknya terlalu pendek. Baiklah…

“HSR pertama Indonesia ialah dari Jakarta ke Bandung yang dijangka siap pada tahun depan (2023) = jarak 142km.

“HSR pertama Thailand ialah dari Bangkok ke Nakhon Ratchasima dan dijangka siap pada tahun 2026 = jarak 253 km.

“(Manakala), HSR pertama Malaysia dari Kuala Lumpur ke Singapura yang ditangguh oleh kerajaan PH dan dibatalkan kerajaan PN = jarak 350km,” katanya.

Jelas Najib, HSR KL-Singapura bakal menguntungkan negara kerana mempunyai permintaan tinggi dan sektor penerbangan KL-Singapura merupakan antara paling sibuk dalam dunia.

Baca juga:   Tambah baik mekanisme pengeluaran KWSP kepada bayaran ‘one-off’ RM10,000

Menurut Najib, projek mega itu juga akan memajukan pembangunan negeri di Selatan Semenanjung yang dilalui landasan HSR, selain menawarkan tambang lebih murah, menyenangkan rakyat dan mampu memajukan sektor pelancongan.

Baca juga:   Muhyiddin dedah bukti Najib minta campur tangan kes mahkamah

“Ini kerana Singapura merupakan hab penerbangan antarabangsa yang dikujungi ramai pelancong antarabangsa. Dari segi pulangan ekonomi projek ini sangat besar melebihi RM500 bilion pada tahun-tahun mendatang.

“Malah, pembangunan Johor Baharu, Iskandar Puteri, Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban, Putrajaya dan Kuala Lumpur mendapat manfaat besar,” katanya.

Malangnya, Najib berkata, Dr Mahathir tidak faham perkara itu selain lebih berminat untuk membuat kereta nasional ketiga dan projek kereta terbang.

“Sebab itu, keretapi laju tidak diperlukan. Rakyat boleh terbang ke sini ke sana dengan memandu kereta terbang.

“Lepas itu, Tun M pula berulang meratib negara sudah bankrap bawah Najib. Entahlah pelabur mana yang mahu labur dalam negara sekiranya Perdana Menteri sendiri selalu ratib negara sudah bankrap.

“Entahlah bankrap ke mana masa itu sebab ketika kerajaan BN kalah pada PRU14 lalu, hutang negara sebanyak RM686. 8 bilion. Nisbah hutang KDNK pada suku pertama 2018 adalah 48.7 peratus.

“Lalu hutang dinaikkan ke RM1.08 trilion selepas PRU14. Nisbah hutang turut naik ke 62 peratus,” katanya.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir menerusi Facebook dilaporkan berkata, Malaysia semakin ketinggalan berbanding negara jiran disebabkan oleh rasuah Najib Datuk Seri Najib Razak terhadap kerajaan.

“Keadaan itu berlaku disebabkan sejumlah besar wang yang dipinjam bekas Perdana Menteri itu kini telah hilang berikutan projek yang dimulakan bukan sahaja terlalu mahal, tetapi memihak kepada pihak lain.

Baca juga:   Tambah baik mekanisme pengeluaran KWSP kepada bayaran ‘one-off’ RM10,000
Baca juga:   Hapus hutang bank B40 memang elok jika boleh jadi realiti - Najib

“Ia berikutan projek-projek tersebut tidak memberi manfaat kepada negara. Dan tentunya kerana terpaksa membayar untuk melangsaikan hutang besar yang ditanggung, tiada lagi wang untuk membangunkan negara.

“Apakah yang dia (Najib) harapkan kerajaan lakukan? Terlepas pandang semua jenayah yang dia lakukan?.

“Siapa yang dia minta fokus pada ekonomi? Ia tidak (mungkin) Pakatan Harapan (PH) kerana beliau telah membuat perubahan pintu belakang kerajaan; bukan sekali tapi dua kali,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Ahmad Maslan, Steven Sim antara 27 dilantik Timbalan Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen...

Lagi Artikel Berkaitan