Sunday, June 14, 2026

RON97 turun 10 sen mulai tengah malam ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.75 kepada RM4.65 seliter, mulai tengah malam ini, bagi tempoh 21 Julai (esok) sehingga 27 Julai 2022.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

Manakala harga rucit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.75 kepada RM4.65 seliter, mulai tengah malam ini

Kementerian Kewangan memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel pada harga siling bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.-Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan