26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KKM perkenal pelan strategik kawal penularan cacar monyet

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan telah menyediakan pelan strategik bagi menghadapi risiko kemasukan cacar monyet atau monkeypox ke negara ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, antara pelan strategik yang dilancarkan termasuk memperkenal tatacara pengesanan dan notifikasi kes serta pengambilan sampel.

Beliau berkata, pelan lain termasuk siasatan dan pengurusan kes serta kontak rapat, dan pemantauan di pintu masuk antarabangsa seperti lapangan terbang.

“Malah, bermula 27 Mei lalu, kementerian telah menambah ‘Health Alert’ cacar monyet dalam aplikasi MySejahtera.

“Selepas pengembara mengisi borang pra-pelepasan dalam aplikasi MySejahtera, pengembara yang tiba dari negara endemik cacar air atau dari negara yang sudah melaporkan kes cacar monyet akan menerima Health Alert tersebut.

“Health Alert itu adalah sebagai peringatan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri jika ada apa-apa simptom berkaitan cacar monyet,” katanya menerusi aplikasi TikTok, semalam.

Beliau juga menasihatkan warga tempatan yang sedang melancong di luar negara terutama negara yang ada cacar monyet supaya sentiasa berwaspada.

Khairy berkata, rakyat Malaysia juga diminta melaporkan segera jika dijangkiti cacar monyet selain mengelak daripada aktiviti yang menyebabkan jangkitan cacar monyet.

“Tiada kes cacat monyet dilaporkan di Malaysia setakat ini,”katanya. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan