25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pemuda UMNO desak siasat Mohd Nazlan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO mendesak agar tribunal khas diwujudkan bagi menyiasat sebarang salah laku dan perlanggaran etika kehakiman terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tribunal khas berkenaan boleh ditubuhkan berdasarkan Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam masa yang sama, katanya, Ketua Hakim Negara perlu bertindak tegas terhadap dakwaan rasuah melibatkan Mohd Nazlan kerana ia boleh menghakis integriti badan kehakiman yang sepatutnya menjadi benteng utama kedaulatan undang-undang.

“Semua ini sebenarnya boleh menghakis integriti badan kehakiman yang sepatutnya menjadi tunjang kepercayaan mutlak rakyat terhadap benteng utama kedaulatan undang-undang.

“Pemuda UMNO bertegas untuk tidak akan mempertahankan mana-mana pihak yang bersalah.

“Namun, kami percaya bahawa keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat telah dilaksanakan.

Advertisements

“Tidak wajar sama sekali sebarang bentuk kepincangan dalam proses mendapatkan keadilan dikompromikan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebooknya.

Terdahulu, katanya, Pemuda UMNO memandang berat pendedahan berkaitan Mohd Nazlan berkenaan tuduhan penglibatannya dalam penubuhan SRC International, dalam masa yang sama merupakan hakim yang menjatuhkan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Razak untuk kes yang sama.

Sementara itu, Asyraf berkata, sayap UMNO dipimpinnya turut memandang serius siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wang sebanyak RM1 juta di dalam akaun Mohd Nazlan yang telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Menurut Asyraf, sudah menjadi satu amalan etika kehakiman di seluruh dunia untuk hakim mengecualikan dirinya untuk mendengar suatu kes yang didapati sedang berada di dalam keadaan konflik kepentingan dengan kedudukannya.

“Lebih parah lagi jika ada sebarang cubaan untuk menyembunyikan fakta penglibatan yang terkait dengan konflik berkepentingan sejak dari awal proses penghakiman dijalankan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan