24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes HFMD di Kelantan meningkat kepada 522 kes

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Kelantan meningkat kepada 522 kes dalam tempoh 10 hari sehingga Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, berkata berbanding minggu lalu jumlah yang dicatatkan sebanyak 372 kes.

Beliau berkata, kes pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-24 itu menunjukkan daerah Kota Bharu mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 203 kes diikuti Pasir Puteh (55 kes), Pasir Mas (52 kes), Machang (51 kes), Kuala Krai (40 kes), Bachok (42 kes), Tumpat (28 kes), Gua Musang (25 kes), Jeli (15 kes) dan Tanah Merah (14 kes).

“Hanya empat daerah masih berada dalam zon merah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Machang.

Advertisements

“Kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun paling ramai dijangkiti HFMD iaitu sebanyak 68.3 peratus, lima hingga enam tahun (14.1 peratus), tujuh hingga 12 tahun (8.4 peratus), remaja berusia 13 hingga 17 tahun (7.9 peratus) dan 18 tahun ke atas (0.8 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Dr Zaini berkata, hanya seorang kanak-kanak yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.

“Walaupun jangkitan tidak teruk, semua pihak terutama ibu bapa, penjaga dan pihak taska atau tadika dinasihatkan terus mengambil langkah menjaga kebersihan bagi mengelakkan penularan jangkitan HFMD.

“Kita akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan kes jangkitan menurun,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan