34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Najib cadang kerajaan naikkan harga RON95 sehingga 20 sen

Kerajaan menampung subsidi sehingga RM2.50 seliter untuk memastikan harga jualannya kekal RM2.05

Mesti Baca

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kepada kerajaan agar menaikkan harga petrol RON95 antara 10 sen hingga 20 sen bagi mengurangkan kadar subsidi yang terpaksa ditanggung.

Menurut beliau, pada masa kini kerajaan memberi subsidi kira-kira RM2.50 bagi setiap satu liter RON95 yang dijual pada harga RM2.05.

Oleh sebab itu, kata beliau, kadar harga petrol jenis di tersebut adalah di Malaysia antara 10 paling murah di dunia, jauh lebih rendah berbanding di Arab Saudi dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

“Namun melihat kadar inflasi yang tinggi yang dialami seluruh dunia sekarang, ianya tidak sesuai untuk kita tarik subsidi minyak secara sepenuhnya pada ketika ini.

“Bagaimanapun, kerajaan boleh pertimbangkan untuk naikkan harga minyak RON95 sebanyak 10 sen atau 20 sen.

“Tapi jangan sentuh harga diesel pada ketika inflasi masih tinggi sekarang sebab ianya berkait langsung dengan kos pengeluaran, kos pengangkutan dan akhirnya akan memberi lebih tekanan kepada kadar inflasi,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pada masa kini RON95 yang disediakan bagi pengguna golongan B40 dan M40, namun kini turut digunakan oleh golongan T20 untuk kereta mewah mereka.

“Bermaksud jika seorang dari golongan T20 mengisi 50 liter minyak RON95 bagi kereta mewahnya, kerajaan sebenarnya memberi subsidi sebanyak RM125 setiap kali orang kaya isi minyak.

“Sekiranya orang kaya ini isi minyak 3 kali sebulan bermaksud kerajaan memberi bantuan RM4,500 setahun bagi orang kaya, lagi tinggi berbanding BR1M kepada B40 dan M40.

“Kami pernah menyelesaikan masalah dan ketidakadilan ini ketika kerajaan BN (Barisan Nasional) dahulu dengan mengapungkan harga minyak,” katanya.

Beliau berkata, penjimatan daripada itu disalurkan pula kepada rakyat menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan dan diperluaskan jumlah penerima dari RM500 ke RM1,200 dan akhirnya ke RM2,000 setahun pada masa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan