29 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Wanita pakai pelitup muka ketika ihram tak perlu bayar dam — TH

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

WANITA yang memakai pelitup muka ketika berada dalam ihram tidak perlu membayar dam, kata Pengarah Operasi Bimbingan Lembaga Tabung Haji (TH), Tengku Aziz Raja Abdullah.

Beliau berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai menerusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-37 sempena musim haji tahun ini berikutan timbul beberapa persoalan mengenai pemakaian pelitup muka yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika ini.

Tengku Aziz berkata, semasa wabak melanda, pemakaian pelitup muka yang diarahkan oleh pihak berkuasa bagi wanita adalah diharuskan dan tidak berdosa.

“Menutup muka dalam masa ihram mengikut hukum asalnya bagi lelaki tiada masalah dan tidak dikenakan dam, bagi wanita jika dia menutup muka maka akan dikenakan dam kerana ia larangan dalam ihram.

Jadi timbul persoalan apabila musim wabak, sebagaimana yang kita putuskan dalam muzakarah haji iaitu sekiranya pelitup muka itu diarahkan oleh pemerintah dan terpaksa setiap orang mesti memakai pelitup muka kerana wabak maka ketika itu hukumnya akan jadi harus dan tidak dikenakan dam,” katanya.

Baca juga:   Boleh tunai haji atau tidak tahun ini?, tanya PAPUH

Tengku Aziz berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan penginapan dan pengurusan TH di Abraj Al Janadriah susulan timbul pendapat berbeza berkaitan larangan terkini kerajaan Arab Saudi yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka dan tertutup.

Dam ialah satu daripada kaedah untuk menyempurnakan ibadah haji dan umrah di atas sebab-sebab tertentu.

Baca juga:   Dua anggota APM Pahang maut kemalangan, seorang parah

Bagi memastikan semua jemaah haji memperoleh maklumat tepat berhubung perkara itu, pihaknya telah mengarahkan semua pembimbing yang bertugas di bawah TH memaklumkannya menerusi sesi kursus serta ceramah di tanah air dan Tanah Suci.

Menurut Tengku Aziz, perkembangan itu mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, berdasarkan arahan daripada kerajaan Arab Saudi.

Dalam perkembangan lain, seramai 200 petugas mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin malam tadi, bagi mendoakan agar urusan menyambut ketibaan 295 jemaah di Makkah, kira-kira 8 malam ini waktu Arab Saudi dipermudahkan.

Seramai 14,306 jemaah Malaysia akan menunaikan haji pada tahun ini dengan 48 penerbangan, iaitu yang terakhir pada 2 Julai 2022. — Bernama

Wartawan

Terkini

Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan

SEORANG remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan...

Lagi Artikel Berkaitan