Saturday, June 13, 2026

Zuraida jumpa PM bincang kedudukan dalam Kabinet

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka bertemu dengan Datuk Zuraida Kamaruddin pagi ini bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, susulan pengumuman peletakan jawatannya pada 26 Mei lalu.

Terdahulu, Zuraida dilihat memasuki pekarangan Perdana Putra jam 9.25 pagi tadi menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam.

Beliau dijangka bertemu Ismail Sabri sebelum sesi mesyuarat Kabinet hari ini.

Pintu masuk ke Bangunan Perdana Putra sekali lagi menjadi tumpuan pemberita sejak pagi tadi.

Zuraida pada 26 Mei lalu dalam satu kenyataan media, mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau kemudian menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Dua hari lalu, Zuraida dilaporkan berharap dapat mengekalkan jawatannya dalam Kabinet untuk menyelesaikan segala program dan perancangan kementerian diterajuinya.

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, parti itu tidak berganjak dengan pendirian bahawa kuota yang diduduki Zuraida sebagai menteri adalah milik parti berkenaan.

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan