24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pertimbang pakej bantuan tangani kos sara hidup – Zahid

Tindakan yang hampir malah lebih baik wajar dilaksanakan oleh Malaysia, dengan memberikan rebat elektrik dan air, baucar makanan asas kepada isi rumah yang layak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN seharusnya bersungguh-sungguh membantu rakyat dengan mengumumkan satu pakej bantuan ekonomi yang menyeluruh bagi menampung kenaikan kos sara hidup, seperti yang baharu diumumkan Singapura.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak $1.5 bilion (RM4.76 bilion) telah diumumkan pemerintah Singapura, termasuklah $100 (RM440) pemberian kredit utiliti bagi setiap isi rumah.

“Tindakan yang hampir malah lebih baik wajar dilaksanakan oleh Malaysia, dengan memberikan rebat elektrik dan air, baucar makanan asas kepada isi rumah yang layak serta bantuan-bantuan lain yang wajar kepada sektor swasta.

“Memandangkan keadaan fiskal negara yang terhad, maka penggunaan teknologi dan pengagihan bantuan bersasar berdasarkan data yang tepat amatlah diperlukan.

“Ini bagi memastikan bantuan yang disalurkan tidak terjatuh ke tangan yang salah atau kurang layak,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata demikian susulan wujud ura-ura berhubung kenaikan tarif elektrik.

Advertisements

Tambah beliau lagi, pakej bantuan khusus bagi menampung kenaikan inflasi atau kos sara hidup ini boleh dilaksanakan sebelum pembentangan Belanjawan 2023 kerana ia begitu mustahak dan kritikal.

Bagaimana pun menurut beliau, semua pihak harus menunggu keputusan kerajaan dalam masa terdekat.

“Jika tarif elektrik dinaikkan, ia akan lebih membebankan lagi rakyat Malaysia dan kos sara hidup akan terus meningkat.

“Sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk rakyat menanggung sepenuhnya kenaikan kos sara hidup tanpa sebarang bantuan terus dari kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi ingin mencadangkan agar Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bermesyuarat sekali lagi dengan segera agar pandangan setiap NGO, pemain industri dan sektor swasta berkepentingan dapat diambil kira dan dipertimbangkan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan