24.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

JKNS siasat dakwaan hospital cuai sebabkan bayi mati

Pihak JKNS mengesahkan insiden itu berlaku di HWKKS pada 19 Jun 2022.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menyiasat dakwaan berlaku kecuaian yang mengakibatkan kematian seorang bayi baru dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

Dakwaan itu yang tular dalam media sosial semalam antara lain menyalahkan kelewatan pihak hospital mengendalikan kes seorang wanita yang mahu bersalin sehingga bayi dalam kandungan menjadi lemah sebelum dilaporkan meninggal dunia selepas dilahirkan.

Pengarah JKNS, Datuk Dr Rose Nani Mudin, mengesahkan berlaku kematian bayi baharu dilahirkan di HWKKS yang dilaporkan pada 19 Jun dan siasatan mengenai punca kejadian itu masih dijalankan.

“Terlebih dahulu pihak JKNS ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bayi ini.

“Pihak JKNS mengesahkan insiden itu berlaku di HWKKS pada 19 Jun 2022. Siasatan terperinci dan telus sedang dijalankan oleh pihak jabatan ini.

Baca juga:   Bayi 10 bulan maut selepas hantar ke rumah pengasuh

“Adalah dimaklumkan ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan beliau sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Rose Nani berkata, pihak JKNS mengambil perhatian serius terhadap kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan terhadap semua maklum balas yang diterima bagi menambah baik mutu perkhidmatan hospital.

Dakwaan yang tular di media sosial itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang bersimpati terhadap kejadian menimpa keluarga bayi malang terbabit selain ada yang turut berkongsi pengalaman berdepan situasi sama.

Baca juga:   JKNS nafi remaja meninggal dunia selepas ambil dos penggalak

-EDISI9

Terkini

96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya -Rina Harun

BAGI persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan. Dengan...

Lagi Artikel Berkaitan