31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Jemaah haji dikecualikan bayaran ujian pengesanan Covid-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UJIAN pengesanan Covid-19 bagi Jemaah Haji Malaysia yang dilakukan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikecualikan daripada bayaran dan dilaksanakan secara percuma.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagi jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 di fasiliti kesihatan swasta, kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah mengikut caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta yang dipilih.

Menurutnya, jemaah haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Pejabat Tabung Haji (TH) Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut termasuklah senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR) ini.

“Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua Jemaah Haji perlu disahkan negatif Covid-19 menerusi ujian pengesanan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di Tanah Suci,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, Kerajaan Arab Saudi pada tahun ini telah memperuntukkan kuota haji sebanyak 14,306 orang Jemaah Haji kepada Malaysia.

“Bagi memastikan operasi haji dilaksanakan dengan selamat dan lancar, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan prosedur pencegahan dan pengawalan penyakit yang ketat susulan daripada pandemik Covid-19,” katanya.

Baca juga:   400 petugas Parlimen mula disuntik vaksin hari ini

-EDISI9

Wartawan

Terkini

13 kontena di Northport Pelabuhan Klang musnah

SEBANYAK 13 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara...

Lagi Artikel Berkaitan