25.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023

Calon PRU: BN sedia keluar daripada kerangka lama – Zahid

Marilah kita kembali kepada 'The Original Malaysia' yang digagaskan oleh pembina negara terdahulu dan dibawa oleh BN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) bersedia untuk keluar daripada kerangka lama dalam pengagihan kerusi dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya bakal mengguna pakai formula WALI.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, formula WALI iaitu Winnable (boleh menang), Acceptable (boleh diterima) dan Likeable (disenangi) terbukti berjaya menggamit sokongan kepada parti itu.

Beliau berkata, langkah itu merupakan salah satu daripada lima anjakan paradigma sebagai menyambut isyarat keterujaan sokongan rakyat kepada parti itu.

“Marilah kita kembali kepada The Original Malaysia yang digagaskan oleh pembina negara terdahulu dan dibawa oleh BN dengan penambahbaikan sesuai dengan realiti sosio politik negara.

“Setiap kemenangan yang diraih oleh BN dalam siri-siri pilihan raya kecil adalah isyarat jelas bahawa rakyat lebih yakin dengan BN sebagai kerajaan berbanding yang lain,” katanya menerusi Facebook sempena Ulang Tahun Ke-48 BN semalam.

Baca juga:   Rugi RM132,900 terpedaya 'pegawai KKM'

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, BN juga akan menampilkan lebih ramai muka baharu sebagai calon selain menjadikan parti itu lebih inklusif dan terbuka.

Ini termasuk menjalinkan kerjasama dan menerima sesiapa sahaja yang menerima prinsip keikhlasan dan kesederhanaan BN.

Ahli Parlimen Bagan Datok itu berkata, BN juga menawarkan pembaharuan dan pembaikan tadbir urus negara yang terbaik bagi mencipta masa depan yang lebih stabil dan gemilang.

Di samping mengembalikan ekonomi Malaysia ke landasan asal berdasarkan pengalaman luas BN menguruskan negara terutamanya semasa mendepani pelbagai krisis negara.

Baca juga:   SPRM serbu ibu pejabat MARA, MARA Corporation

“Ayuh marilah kita semua di setiap lapisan dan peringkat dalam BN bersama-sama bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang dan memberikan kestabilan kepada negara.

“Sesungguhnya BN sudah bersedia untuk menangkis dakyah musuh BN dan kita bersedia untuk menang serta memimpin semula Malaysia seperti sebelum ini,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan