32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

PT3 dimansuhkan mulai tahun ini, PBS diperkasa – Radzi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan secara rasminya mulai tahun ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bagi pentaksiran para pelajar tingkatan tiga, mereka akan dinilai berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan diperkasakan.

“Murid akan ditaksir oleh guru setiap masa menerusi pentaksiran berasaskan sekolah.

“Untuk memastikan murid mendapat penguasaan sepenuhnya dalam sesuatu topik yang diajar,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Tahun lalu Kementerian Pendidikan telah memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Radzi berkata, dalam memperkasakan PBS, prestasi murid akan dilihat menerusi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

“PBD akan ditambah baik menerusi pentaksiran formatif (berterusan) dalam usaha memperkasakan program latihan untuk pentadbir, guru.

“Sementara, penambahbaikan PBD pentaksiran sumatif akan memantapkan ujian akhir sesi akademi bagi lima mata pelajaran terpilih di peringkat sekolah rendah dan semua mata pelajaran di peringkat menengah rendah,” katanya.

Radzi berkata, Pentaksiran Psikometrik (PPsi) juga akan dilaksanakan bagi murid tahun empat dan lima di sekolah rendah serta pelajar tingkatan dua di sekolah menengah mulai tahun ini.

“Jika sebelum ini PPsi hanya dilaksanakan bagi pelajar tingkatan tiga sekolah menengah bagi menilai prestasi murid tersebut.

“Kali ini kita laksanakan PPsi bagi tiga kumpulan murid tersebut, jadi ini membolehkan ibu bapa mendapat maklumat yang lebih menyeluruh berkaitan perkembangan anak mereka.

“Ia bukan sahaja dari sudut akademik, tetapi dari sudut jasmani, kesihatan dan psikometrik mereka,” katanya. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan