32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Gempar, buku fahaman wahabi dijual di PBAKL 2022

Perkongsian tersebut turut dikongsikan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENCINTA buku terkejut apabila menemui sebuah buku yang dipercayai terkandung fahaman wahabi dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022.

Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group – ARG dalam satu hantaran di Facebook menasihatkan pengunjung pesta buku berkenaan untuk berhati-hati semasa membeli-belah buku di pesta berkenaan.

“Astahghfirullah. Hati-hati membeli-belah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Antara buku wahabi di PBAKL. Awas,” kongsinya hari ini.

Perkongsian tersebut turut dikongsikan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Menurut hantaran di Facebook jabatan mufti, pihaknya juga mempersoalkan bahan bacaan yang dikongsikan dalam buku tersebut.

“Astaghfirullahalazim, Menjadi Kafir Musyrik Kerana Qasidah? Bertakwalah Kepada Allah Dalam Setiap Tulisan,” kongsinya.

Dalam hantaran sebelumnya, jabatan berkenaan menyatakan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan majoriti umat Islam timur dan barat, Jabatan ini akan sentiasa menjadi tulang belakang mempertahankan manhaj ini sampai bila-bila.

Dalam hantaran tersebut buku bertajuk “Awas Syirik Dihadapan” dengan muka hadapan bukunya berwarna kuning dan hitam.

Hantaran tersebut menimbulkan pelbagai reaksi warganet termasuk yang menyarankan agar ada pihak yang tampil membuat laporan di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

-EDISI9

 

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan