29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PM arah baiki segera kerosakan kemudahan di ICQ Johor

Kompleks ini sudah kembali pulih selepas sempadan negara dibuka semula sepenuhnya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan kemudahan awam di Kompleks Kastam dan Imigresen (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor, segera dibaik pulih.

Beliau berkongsikan dalam Facebook rasminya hasil tinjauan mengejut bersama Menteri Besar johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ke kompleks berkenaan hari ini.

“Kompleks ini sudah kembali pulih selepas sempadan negara dibuka semula sepenuhnya.

“Saya mendapati kemudahan-kemudahan termasuk pengangkutan awam dalam keadaan baik kecuali kerosakan eskalator dan ‘autogate’ untuk pemegang pasport Malaysia.

“Kekurangan ini perlu diselesaikan segera untuk kemudahan Keluarga Malaysia dan pengembara dari luar kerana ia merupakan salah satu pintu masuk utama negara,” katanya.

Sementara itu, Onn Hafiz dalam Facebooknya mengucapkan terima kasih ke atas Perdana Menteri susulan lawatan mengejut tersebut.

Advertisements

“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sudi turun padang melihat sendiri keadaan di CIQ BSI.

“Semoga dengan lawatan ini akan membawa limpahan rahmat kepada pengguna,” katanya.

Pada 20 Mei lalu, Onn Hafiz, dilaporkan melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini.

Menerusi muat naik di akaun Facebooknya, Onn Ghazi dilaporkan berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua agensi berkaitan keesokannya bagi memperbaiki sistem keluar masuk di sempadan negara.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan