36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

MT PN maklum perbincangan tak rasmi Muhyiddin dengan parti lain

Mesyuarat yang dihadiri semua Presiden dan wakil parti komponen PN itu, malam tadi, juga membuat ketetapan untuk terus memperkasakan PN.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) mengambil maklum mengenai perbincangan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pimpinan parti politik lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Muhyiddin berkata, mesyuarat yang dihadiri semua Presiden dan wakil parti komponen PN itu, malam tadi, juga membuat ketetapan untuk terus memperkasakan PN.

Menurutnya yang juga Presiden Bersatu, mesyuarat juga membuat ketetapan untuk memperkukuh gerak kerja parti komponen PN dalam persiapan menghadapi PRU-15 dan mendepani isu semasa yang dihadapi rakyat amnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Semalam, Muhyiddin menegaskan, Bersatu tidak mempunyai agenda tersendiri yang hanya menguntungkan parti itu dalam soal kerjasama dengan parti lain sehingga meminggirkan komponen dalam PN, bagi persediaan menghadapi PRU-15 kelak.

Menurutnya, parti itu akan bersetuju bekerjasama, selagi ia selari dengan prinsip perjuangan PN dan akan menolak jika bertentangan dengan dasar gabungan itu.

Dalam pada itu, sempena mesyuarat MT itu, Muhyiddin menyatakan PN mengumumkan pelantikan-pelantikan yang berkuat kuasa serta merta.

“Pertama, pelantikan Hoe Chai, Presiden Gerakan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Pulau Pinang.

“Kedua, pelantikan Sahruddin, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Johor sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Johor,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan