25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Keluarga serah dua lelaki cabul anak di chalet kepada polis

Mangsa mendakwa dia dicabul oleh dua lelaki manakala seorang lagi suspek menjadi pemerhati dan menjaga di luar bilik berkenaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki ditahan polis selepas ahli keluarga seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang mendakwa dicabul di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh, Tumpat, di Kelantan menyerahkan lelaki berkenaan kepada polis.

Keluarga mangsa menyerbu chalet berkenaan malam kelmarin dan menyerahkan kedua-dua suspek berusia lingkungan 20an kepada polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Kota Bharu keluar rumah kira-kira pukul 9 malam.

“Remaja itu meminta kebenaran daripada ibunya untuk keluar makan bersama rakan-rakan, namun tidak pulang ke rumah selepas pukul 11 malam.

“Keluarganya berjaya menghubungi remaja itu dan mangsa memaklumkan dia berada di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh di sini bersama dua rakan lelaki.

“Semasa ahli keluarga tiba di chalet berkenaan, mereka mendengar suara mangsa dari dalam sebuah bilik. Mereka mendapati remaja itu berada bersama dua lelaki di situ manakala seorang lagi lelaki sedang tidur di bilik hadapan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ujar Amran lagi, salah seorang lelaki sempat melarikan diri selepas berlaku pergelutan semasa ahli keluarga mangsa menyoal ketiga-tiga lelaki mengenai perbuatan mereka.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa, dia telah dipaksa masuk ke bilik berkenaan oleh ketiga-tiga selepas mereka enggan menghantarnya pulang ke rumah.

“Mangsa mendakwa dia dicabul oleh dua lelaki manakala seorang lagi suspek menjadi pemerhati dan menjaga di luar bilik berkenaan.

“Hasil pemeriksaan fizikal terhadap mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu mendapati ada kesan koyakan lama pada kemaluan remaja itu akibat objek tumpul,” katanya.

Menurut Amran, mangsa juga mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu pada awal Mei lalu.

Tambahnya, kedua-dua suspek ditahan reman selama enam hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan