34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dua subvarian Omicron pertama kali dikesan di Malaysia – KJ

Kedua-duanya dikategorikan oleh WHO sebagai varian membimbangkan (VOC) di bawah varian Omicron.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan kes pertama membabitkan dua subvarian Omicron di negara ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, subvarian berkenaan dikenali sebagai BA.5 dan satu BA.2.12.1.

“Malaysia baru sahaja mengesan dua kes BA.5 dan satu kes BA.2.12.1

“Ini adalah kali pertama varian ini dikesan. Kedua-duanya dikategorikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian membimbangkan (VOC) di bawah varian Omicron.

“Setakat ini, faktor risiko kekal sama,” katanya dalam satu ciapan dalam Twitter hari ini.

WHO telah menambah varian BA.5 ke dalam senarai Varian Dalam Pemantauan pada Mac dan dikategorikan sebagai varian membimbangkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.

Untuk rekod, KKM telah mengesan kes pertama VOC Omicron di negara ini, melibatkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun pada tahun lalu.

Kes berkenaan telah diumumkan Khairy pada 3 Disember tahun lalu.

Individu tersebut merupakan seorang pelajar universiti swasta di Ipoh, Perak, dan telah didapati positif Covid-19 pada 19 November lepas, dan telah selesai menjalani kuarantin kendiri pada 29 November lepas.

Kes itu didapati daripada ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan terhadap 74 sampel positif COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA, antara 11 November hingga 28 November, 2021.

Hasil daripada ujian PCR Genotyping Assay, satu daripada sampel telah dikesan berkemungkinan besar adalah VOC Omicron. Jujukan genom seterusnya dilaksanakan mendapati keputusan positif bagi varian Omicron pada 2 Disember 2021.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan