26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Radzi Sheikh Ahmad dilantik MPT Bersatu, ganti Zuraida

Perkara berkenaan merupakan antara yang diputuskan dalam mesyuarat MPT Bersatu semalam yang dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

VETERAN UMNO, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bagi menggantikan posisi Datuk Zuraida Kamaruddin yang digugurkan parti berkenaan baru-baru ini.

Radzi menyertai Bersatu pada penghujung tahun 2018.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara berkenaan merupakan antara yang diputuskan dalam mesyuarat MPT Bersatu semalam yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“MPT sebulat suara bersetuju melantik Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad sebagai anggota MPT yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu,  Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang digugurkan sebagai ahli MPT Bersatu serta-merta selepas beliau mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) 26 Mei lalu.

Bahkan, Bersatu telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada Zuraida pada 9 Mei untuk beliau menjawab beberapa soalan berhubung penglibatannya dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PBM.

Dalam pada itu, mesyuarat MPT telah menetapkan tarikh Persidangan Cawangan, Persidangan Bahagian dan Persidangan Agung Tahunan (PAT) Bersat 2022 termasuk sayap.

Menurutnya, Persidangan Cawangan diadakan dari 19 Ogos hingga 18 September ini, manakala, Persidangan Bahagian pula dari 8 dan 9 Oktober ini.

“Manakala, Perhimpunan Agung Sayap diadakan pada 10 dan 11 November ini serta Persidangan Agung Tahunan pada 12 dan 13 November ini.

“Manakala urusan pemilihan parti di peringkat cawangan akan ditangguhkan ke suatu tarikh tidak melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.

Sementara itu, untuk menangani isu kos sara hidup rakyat, Bersatu mengambil pendirian bahawa kerajaan mesti mengambil langkah yang komprehensif untuk membendung kenaikan harga dan memastikan bekalan barangan makanan dan keperluan harian yang mencukupi.

“Fokus utama mesti diberikan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Justeru itu, Bersatu akan memperluaskan program bantuan prihatin rakyat yang dilaksanakan oleh parti termasuk program kebun komuniti yang kini sedang dilaksakan di beberapa kawasan,” katanya.

Malah menurutnya, program berkenaan mampu menjana pendapatan penduduk di samping menyediakan bekalan sayuran dan makanan dengan harga yang murah.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan